Bagaimana Nama Sebuah Jenama Malaysia Naik Selepas Mereka Guna Strategi ‘event’ Ini!

Pemilik bisnes perlu berfikiran secara luar kotak bagaimana nak promosikan produk dan jenama mereka.

Kalau kita asyik guna cara sama seperti jenama lain, bagaimana nak dapat perhatian pelanggan ke arah kita?

Hari ini biar saya kongsi kajian kes sebuah jenama tempatan yang menggunakan kaedah luar biasa untuk memasarkan produk mereka.

Kaedah mereka guna ini dipanggil sebagai TEKNIK PRODUCT LAUNCHING yang mereka jalankan secara luar biasa.

So jom kita lihat apa yang mereka buat & impaknya!

Bulan Bintang Pecahkan Rekod Sebagai Pertunjukan Dron Terbesar di Malaysia

Founder jenama ini, Azzim Zahid, membuat sejarah apabila mencatatkan nama jenama beliau di Malaysia Book of Records untuk Penggunaan Dron Terbanyak Dalam Pertunjukan Lampu (Lightshow)

Bulan Bintang, jenama pakaian yang fokus dalam pakaian tradisional Melayu, menjadi jenama tempatan pertama yang mengadakan pertunjukan dron berskala besar seperti ini. Mereka namakan kempen ini ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.

Banyaknya Dron Terbang!

Sebanyak 350 unit dron terbang dalam formasi yang sempurna sepanjang pertunjukan ini mampu buatkan penonton terkagum melihatnya. 

Dron-dron tersebut membentuk beberapa bentuk, termasuk logo Bulan Bintang, pakaian tradisional Melayu, dan bahkan kapal angkasa UFO. 

Yang lebih menarik, pertunjukan jenama ini menandingi jenama antarabangsa lain yang pernah mengadakan pertunjukan dron di Malaysia, termasuk Disney dan Cartier.

Kerjasama antara Pakar Tempatan dan Antarabangsa

“SKYMAGIC: Drone Light Shows”, sebuah syarikat dengan pengalaman meluas dalam pemprograman dron untuk acara seperti Piala Dunia FIFA dan Olimpik Tokyo, terbang dari United Kingdom untuk menjadikan persembahan ini menjadi realiti di Malaysia. 

Mereka dibantu oleh pasukan Malaysia yang dipanggil 33.3 Studio, yang dipimpin oleh Edwin Raj dan Zulamran Hilmi, yang memantau semua aktiviti produksi.

Inspirasi dan Kos

Azzim juga berkongsi bahawa pertunjukan dron luar negara telah menginspirasinya untuk mengintegrasikan teknologi ini dalam acara launching jenamanya di Malaysia. 

Formasi dron tersebut sendiri membelanjakan sekitar 80% daripada kos keseluruhan majlis, dengan jumlah hampir RM2 juta. Walaubagaimanapun, hasilnya memang luar biasa & berjaya mengharumkan nama negara kita.

Lebih Daripada Sekadar dron

Acara itu juga menampilkan pertunjukan fesyen besar di luar Menara KL, yang dihoskan oleh pelakon tempatan Nabila Huda dan Sherry Alhadad. Kumpulan gadis DOLLA memulakan acara dengan persembahan pembukaan.

Bulan Bintang: Jenama yang Berkembang

Bulan Bintang ialah jenama pakaian tempatan yang mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu. Koleksi Hari Raya mereka untuk tahun 2023 menampilkan 68 reka bentuk dan 326 warna unik untuk dipilih. 

Selepas Dron Show, Konsert Pula!

Kejayaan ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ tidak berhenti di situ. Pada 4 Mac, Konsert Malam Bulan Bintang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, menampilkan barisan selebriti terkenal dari Malaysia dan Indonesia.

Strategi pengiklanan Bulan Bintang yang tidak konvensional dan imaginatif terbukti cukup berjaya. Ia mampu menarik perhatian pelanggan-pelanggan setia jenama pakaian baju melayu lain untuk pandang dan menjadi pelanggan mereka.

Pembelajaran dari Kejayaan Bulan Bintang

Terdapat beberapa pengajaran penting yang boleh dipelajari daripada strategi Bulan Bintang:

      • Gunakan strategi ‘Product Launching’ yang dibuat secara GRAND. Jangan takut untuk ‘Push Your Limit‘ dan mencuba sesuatu yang baru.

      • Storytelling: Gunakan acara anda untuk berhubung dengan penonton secara emosional. Buat mereka terpukau dengan ‘presentation’ jenama anda melalui ‘event’ yang diadakan secara besar-besaran. Sampaikan cerita jenama anda kepada pelanggan dengan cara yang betul.

      • Berani buat sesuatu yang mencabar diri sendiri: Jangan takut untuk berfikir luar dari kotak dan mencuba sesuatu yang baru yang pesaing anda tak pernah terfikir.

    Saya harap artikel ini dapat membuka mata kita serba sedikit tentang pemasaran yang boleh kita buat apabila kita berfikir luar kotak & ingin kembangkan jenama kita jauh ke hadapan!

    CONTACT US